Ringkasan hidup Nick_Frost

Nicholas lahir di Dagenham, London; ibu bapanya Tricia (meninggal tahun 2005)[1] dan John Frost merupakan pereka perabot pejabat.[2][3] Perniagaan ibu bapanya jatuh muflis ketika beliau berusia 15 tahun sehingga mereka terpaksa melepaskan milik kediaman mereka. Beliau juga terpaksa menghentikan persekolahannya dan bekerja di sebuah syarikat perkapalan demi menyara keluarga.

Beliau berkenalan dengan Simon Pegg semasa Nick bekerja sebagai seorang pramusaji di sebuah restoran masakan Mexico di utara London; di sinilah mereka menjadi sahabat rapat sehingga ia membantu Nicholas dalam mendapat kerjaya dalam bidang perfileman - Spaced, sebuah siri komedi yang bersiaran di Channel 4 arahan Edgar Wright, didasarkan daripada kisah hidup mereka berdua sebagai teman sebilik. Salah satu episod ini dikembangkan oleh Wright dan Pegg sehingga terhasilnya Shaun of the Dead, sebuah filem seram komedi yang terbit tahun 2004.